Wednesday 9 September 2015

Sweet Escape.. Can I?

Assalamualaikum...

Hai teman-teman.. Ni first post aku untuk September...
And guess what?? Nii first post aku untuk wajah baru belog nii...
*muahahahaha...

Tengok belog ni macam tak berapa nak siap lagi sebab aku pemalas tahap tak ingat nak kemas. Ada dak yang sudi nak jadik maid aku untuk kemas belog ni sat?
*angkat tangan

 Okay dah. Aku nak story pasal tempat-tempat yang aku teringin nak pi untuk rancangan 

*ni cover album Gwen Stefani I guess. Hahaha. Nvmd

Hari tu aku dah buat rancangan Sweet Escape ni dengan kawan-kawan aku. Ehh! Silap! Sahabat aku laa aka Legend Poksen. Oh! Lupa... Tak stori lagi kan macam mana boleh wujud Geng Legend Poksen nii. Nanti laa aku share naa. Hari ni kita sembang pasai tempat best-best nii dulu. Okay?

Untuk rancangan Sweet Escape dalam negara aku dah settle beberapa tempat. Check on list. List ni 10 ja dulu. Sebab aku baru plan ja. Hahaha.

1. Langkawi
(tanah kelahiran aku)


Ni yang aku dah pi. Okay, for me Langkawi ni memang best untuk sapa-sapa yang memang minat nak duduk tepi pantai, mandi laut, skuba diving, aktiviti air, etc. Jugak sangat sesuai untuk sapa-sapa yang teringin nak rasa keindahan panorama. Langkawi is very beautiful okay. *that's why the people who born at Langkawi comes pretty/handsome plus gojes gitu...

2. Penang


Banyak tempat yang aku dah jelajah. Tapi tak dak semua. Sebab aku pi Penang memang bajet-bajet cap ayam jaa. Setakat lepas duit minyak n tol pastu duit makan. And mostly tempat yang aku pi tempat yang FREE saja. So, setakat ni tempat berbayar yang aku dah terjah Bukit Bendera, Muzium 3D (Made in Penang), dan Penang Trick Art Museum. Itu ja laa. Tempat free banyak. Tapi paling aku suka lepak tepi Pantai Batu Feringghi sampai nak dekat senja gitu. Tengok sunset konon. Tapi series laa aku suka duk tepi pantai. Okayy.

Kalau nak story pasal Penang ni aku rasa aku kena spend for a week kot baru aku boleh story morry dalam belog ni. Tapi, wa cakap luu, luu memang rugi kalau tak cuba benda-benda makan kat Food's Heaven of Malaysia nii. Cumanya hampa kena pandai cari la noo tempat yang bersih2. kekekeke.

3. Cameron Highlands


Hijau~ Damai~ Saujana jaa mata memandang kan. This is an interesting place to go. Memang best spend time tengok ladang teh nii. Sejuk mata tengok. Btw, aku selalu pi Cameron. Sebab kalau nak ke rumah mak tam aku kat Raub ikut jalan Cameron lagi dekat. Takda la penat sangat my dad nak drive. Huhuhu.

4. Pulau Perhentian


Okay.. This will be the next destination for the sweet escape. Kan aku dah cakap, aku suka Pantai. Aku suka laut. Mengikut kata-kata kawan aku yang dah pernah pi ke sini. Pulau ni sangat cantik sampaikan hampa nak celup kaki basuh pasir yang lekat kat kaki tuu pun rasa tak gamak. Katanya lagi. Ayaq pantai kat sini sangat jernih sampai boleh nampak dasar macam kat dalam gambaq ni. Aktiviti wajib try kat scuba diving. Masa nii laa hampa nak tengok terumbu karang and kehidupan-kehidupan di dasar laut yang selalunya kita tengok dalam internet, tv or buku.

5. Pulau Mabul


Sapa pernah sampai kat sini? Menurut sumber-sumber yang aku sempat Google. Kat sini lah kan yang jadik kes culik menculik tu? Tapi, takpa lah aku masukkan dulu dalam list sebab aku suka tengok tempat ni. Dia macam kat Pulau Perhentian. Bezanya Pulau Mabul ni letaknya di Sabah bah. Hehehe. So, kalau ada rezeki, mungkin aku boleh sampai situ? Sapa tau kan.

6. Kota Kinabalu


Next place on the list. Aku tak dak laa nak fokus kat pulau semata-mata. Nak jugak ke bandaq kan. Hmm. Destinasi pilihan hati is Kota Kinabalu, Sabah bah or well known as KK. Dengaq katanya kat KK ni banyak benda-benda yang menarik. Jap, nak tanya yang tempat makan seafood tuu kat KK ke? Tanya jaa. 

7. Port Dickson


Back to the beach. Yayy! Yang sebelah semenanjung pulak. Okay, PD. One fine day, I'll be there. Just wait and see yaa. Hahaha

8. Legoland?


Agak-agak boleh ka aku nak pi sini sorang-sorang? Macam tak kena jaa. Nak kena ajak member ni. Okay, Sapa nak teman? Hahahaha.

9. Melaka


Actually aku dah pernah jejak bumi Melaka ni dua tahun yang lalu. Tapi, entahlah maybe sebab short trip kot. So, dia jadik macam tak berapa nak puas berjalan sama kat negeri bersejarah tu. Tak sempat pun nak pi Kota A' Famosa semua tuu. Sempat naik sampan pastu masuk muzium kapal tu ja. Nama pun rombongan bawak orang-orang emas. So, depa banyak singgah tempat shopping yang memang tempat pilihan aku yang terakhir. Hahahaha. Maaf. Maaf. Maaf.

10. Terengganu


Aku dah sampai Terengganu. Tapi sampai ke Pasar Payang ja. Yang pantai-pantai dia aku tak singgah lagi laa. So, hopefully kalau aku ada kesempatan nak buat The Sweet Escape probably I would choose this kind of place. Beaches! Hahaha.

Okay, btw, ada 10 location yang aku share secara keseluruhan dan ada jugak yang spesifik. Yang spesifik tuu bukan apa, pasalnya aku memang betui-betui nak terjah situ ja, Tak mau p ke lain dah. Hahaha. 

Last question, ada dak orang nak sponsor trip kat aku? Hahaha. Kalau ada boleh PM. *pulun!

Awas! Kalau sponsor jangan yang tipu!

Nanti mai jejak sambungan entry ni [Bahagian 2]